213.

Kecewa itu usah ditanya. Sekali palit luka, meski sudah tidak lagi berdarah, parutnya tetap ada. Semoga Tuhan masih beri peluang untuk aku dan negara yang aku sayangi. Well, we withdraw today to fight another day bak kata ayah. Tak perlu gentar, Allah tu kan ada.

Sekarang, senyum. :)

212.

Macam mana kalau Allah nak uji aku dengan bagi aku pasangan yang kurang banyaknya dari aspek agama untuk aku sama-sama membawanya ke jalan Allah? 

Adakah aku cukup bersedia? Adakah aku cukup kuat? 

Allaaahhh. Hanya pada-Mu aku sandarkan segalanya. 

211.

Pedihnya rasa bila terpaksa telan kata-kata sendiri, jilat ludah yang dah terpalit. Sebab tu pentingnya untuk berfikir sebelum bercakap. Kalau tak, memang jadilah cakap tak serupa bikin. Seriously.

210.

Pada hakikatnya yang paling dipandang remeh itulah yang sepatutnya paling dititik beratkan. Contohnya, akhlak mulia.

209.

Di saat aku lalai dengan kehidupan, akan ada yang menjadi perantara untuk mengingatkan aku pada kematian. Syukur pada Allah.

208.

Betapa perihnya untuk berubah, perih lagi untuk beristiqomah. Bila kita rasa tiada siapa lagi di sisi, cukuplah dengan Allah di hati. Subhanallah, segala puji dan puja hanya layak bagi Allah. 

207.

Kenapa perlu bersedih bila kita tahu Allah sentiasa punya rancangan yang terbaik buat kita? La tahzan, Zulaikha. :)

206.

Kau tak sesempurna yang aku bayangkan. Tapi kerana agama yang ada padamu membuatkan kejatuhan hati tanpa dapat dihalang. Tuhan, tolong jagakan hati dia untukku. Itu saje pintaku.

205.

Sandarkan keputusan kita bulat-bulat pada Tuhan Sang Penentu segalanya selepas berusaha. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

204.

Lovey dovey words are getting much cheaper day by day.

203.

Life is something that you can't predict when it'll end. You'll just waste your unknowing time limit by hating people unreasonably. Seriously.

202.

Have I told you that I miss you? As far as I concern, I have not. And I actually am planning not to tell you, ever.

201.

This is the date. The date when ibu and ayah went to perform their haji. I'll pray and always do for you to go and come back home safely, insyaAllah. Angah loves you both. :(

200.

Serasa seperti mahu menangis tapi tiada airmata yang mampu dirembeskan. 

199.

Takpelah kalau perempuan macam saya bukan taste awak. Awak mungkin suka nak menanggung beban dosa seorang isteri yang seksi. Saya tetap akan doakan awak bahagia, jangan risau. :)

198.

Ada benda yang kita tak perlu luahkan tapi akan ada orang yang memahami apa yang dirasakan. Ada benda. Ada.

197.

Allah memang sayang aku. Di saat aku rasa seronok dengan hidangan permainan dunia, Dia minta demam datang menjengah aku, khabarkan rindu-Nya padaku. Agar aku tahu bahawa penyakit itu penyembuh dosa kecil. Allahhh...

196.

Awak mungkin tahu, mungkin juga tak tahu, mungkin juga buat-buat tak tahu. Tapi, apa yang saya nak kasi tahu adalah apa yang awak dah tahu. Tiada apa yang baru, cuma saya akan setia menunggu, kalau itu yang perlu.

195.

Hak meminta itu kepunyaan hamba. Hak memberi itu kepunyaan Pencipta. Jangan sombong untuk meminta. Tapi jangan pula memaksa untuk ditunaikan permintaannya. Cuma, adalah lebih baik meminta tapi tak dapat daripada tak minta dan tak dapat langsung. Dia nilai usaha, bukan hasil. :)

194.

Tahu apa yang paling ampuh sebagai seorang hamba? Doa. Jadi, mari kita bersama berdoa agar kita dijodohkan satu hari nanti. Awak tahu kan, saya nak tua bersama awak.

bukan carutan